JellyPages.com

Sunday, August 12, 2012

Jangan Ada Benci


Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku



 

~bffuim@bffuum~ =)

Sunday, August 5, 2012

Kejayaan Hak Milik Setiap Insan

salam untuk pembuka bicara
sekadar coretan disaat kebosanan datang melanda diri ini
coretan sekadar untuk berkongsi kejayaan
andaikata merasa bahawa diri ini berbangga diri harap maaf
niat bukan begitu
tapi diulangi sekadar untuk berkongsi kejayaan

KEJAYAAN HAK MILIK SETIAP INSAN
selalu mereka menggunakan istilah KECANTIKAN
lagi cantik kalo KECANTIKAN dan KEJAYAAN seiring didalam hidup
dan tidak kisah kalo biasa-biasa tapi tetap punya KEJAYAAN

Alhamdullilah pada mereka semua yang selalu beri aku kekuatan
sapa lagi kalo bukan abah, mak dan abang
mereka paling rapat serapatnya
yang banyak memberi sokong dan sumbangan dari segi kewangan
dan kata-kata nasihat
dan kedua, kawan yang lagi serapat-rapatnya masa di tempat belajar dahulu
selama 3 tahun dan telah pun masak dengan perangai gila-gila mereka sama aku gila
dan tidak lupa pada sijantung hati yang selalu mendengar luahan aku,
sanggup dengar bebelan aku, dengar tangisan aku, bagi semangt jatuh bangun aku
terima kasih sekali lagi

Alhamdullilah result akhir yang selama ini ditunggu telah aku miliki
hari khamis (2/8/2012) aku bersama kawan-kawan aku kembali ke tempat kami bertapa dulu
KOLEJ UNIVERSITI SHAHPUTRA
perjumpaan dengan ketua program Universiti Putra Malaysia
sambil berborak bertanya khabar
kami bertanya mengenai pencapaian kami semua
Alhamdullilah sekali lagi, dari 26 pelajar seramai 17 pelajar mendapat DEKAN
dan 4 orang telah mendapat 4.00 pointer GPA
3 orang antara kami berlima tersenarai sebagai pelajar mendapat 4.00 pointer
termasuk aku Alhamdullilah sekali lagi
manakala 2 orang lagi tidak kurang hebatnya sebab mereka tersenarai sebagai pelajar DEKAN
dan dengan ini kami isytiharkan kami berlima mendapat DEKAN untuk kali ke-3 bersama-sama lagi
dan bersyukur kehadarat Illahi
GCPA kami berlima semua DEKAN atau 3.5 above

pada kawan-kawan yang telah mendapat tawaran sambung ke U gud luck k
kawan-kawan aku memang hebat-hebat
2 orang telah mendapat tawaran masuk ke UPM
dan seorang telah mendapat tawaran di UUM
manakala aku dan seorang kawan aku tidak mendapat tawaran tersebut
mungkin ada hikmah disebaliknya
dan aku pun tidak semudah itu untuk bersenang-lenang
sekarang kerja aku mencari jawatan-jawatan kosong yang boleh diisi
dan tidak akan mensia-siakan apa yang ada didepan mata
dan tidak mensia-siakan Diploma Pengurusan Perniagaan

nak petua untuk kejayaan
aku sudah ada pengalaman nak tahu? ?
hahaha tidak mahu ambil tahu tapi aku tetap ingat uar-uarkan


cari  kawan seperti mereka berempat ini =)


nahhhhh ! ! !ini lah petua nya cari kawan seperti mereka berempat ini
nak tahu kenapa sebab kami ini ada perasaan ingin bersaing antara satu sama lain
pantang sekali, lagi-lagi waktu studyy =) dan moment tidak boleh lupa masa study tu la

dan kalau tiada aral melintang kami pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan
akan berkonvo pada bulan 10 nie dekat Universiti Putra Malaysia
kali kedua pakai jubah konvo
beza nya pra-konvo dan konvo yang sebenar la


gambar masa pra-konvo

abah dan mak untuk kali kedua bergambar untuk kejayaan anak-anak
abang pertama lepasan Diploma Pengurusan Perniagaan sama seperti aku di tempat yang sama
abang kedua lepasan Sijil kemahiran
abang ketiga Ijazah kejuruteraan pemprosesan makanan
dan aku lepasan Diploma
berbangga sebab mak dan abah telah didik anak-anak supaya menuntut ilmu dunia dan akhirat

mungkin tidak segah cerita mereka-mereka yang belajar sampai luar negara
mungkin tidak segah cerita-cerita anak-anak mereka semua masuk Universiti
tapi bagi kami sekeluarga yang biasa-biasa ini sudah mampu untuk menghela nafas lega

Bersyukur kehadrat Illahi atas apa yang telah diberikan olehNya
~ALHAMDULLILAH~

peringatan~ini hasil dari usaha diri sendiri yang berhempas pulas berusaha untuk mendapat title tersebut,
bukan title yang boleh dijual beli yang telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu HARAP MAKLUM

p/s : harap maaf bosan membaca entry yang panjang berjela ini =)