JellyPages.com

Thursday, July 19, 2012

Secebis Kertas

salam pembuka bicara pada mereka dan kamu
yang mungkin pernah menggunakan secebis kertas
tatkala iya diperlukan apabila sesuatu keadaan yang sangat terdesak
dan menyeluk saku beg mencari-cari sebatang pena
kemudian mencoret kan kata yang terbuku dihati
atau mungkin kata-kata tahniah
atau mungkin kata bermadah pujangga
atau mungkin kata-kata apa jua
yang terlintas dibenak fikiran

mungkin kata di secebis kertas
penuh tersirat dan tersuratnya
yang memerlukan pentafsiran yang tinggi
atau mungkin mengambil masa untuk memahaminya

mungkin juga kata di secebis kertas
hanya biasa-biasa sahaja
tapi ia sudah cukup meyentuh perasaan
menusuk dikalbu
dan menggetarkan seluruh jiwa dan raga

walawpun hanya secebis kertas
aku bisa mengabadikan sehingga bertahun lamanya
mungkin ia secebis surat terakhir
yang menjadi teman sepanjang masa
atau mungkin mengimbas kenangan-kenangan bersama
dan hanya itu yang mampu

dan secebis kertas itu
menjadi memori sampai bila-bila
dan ia juga telah menjadi yang terakhir
dan secebis kertas itu bukti segalanya
kemudian terkuburlah walaw belum sampai waktunya
tidak seperti yang diimpikan
dan kemudian ditaburi bunga-bunga sebuah pengorbanan



kata-kata di secebis kertas itu . . . . . . .

chhiillllll~

P/S : sekadar luahan yang lahir dari otak yang KOSONG~ najwa latif


Tuesday, July 10, 2012

Biar Betul

salam pada mereka semua dan kamu
ok ary nie tak ada lah yang special sangat
macam biasa, tiada yang luar biasa
aku telefon pakcik T (nama samaran) yang ajar aku drive

aku : salam pakcik tika da sampai, nak tunggu mana nyer
pakcik : ehm tika tunggu dekat minimart nyer
(tika nama timang-timangan aku, cewaahhhh! ! kalau boleh please jangan panggil aku TIKA ok)

ok aku tahu kalo tunggu pakcik T to berjam lama nyer
nak tunggu pakcik T tu naik haji baru leh wat latihan kereta
yyaahhh ko addooo ! ! !
tak tahu la  sudah berapa kali pakcik T to dah naik haji
kalau tiap-tiap kali mesti dengan DAM nyer la
sabbooo jer la

ok bukan to aku nak cerita sebab aku da biasa
yang luar biasanya seorang pakcik yang lain ini
tengah aku duduk sambil melayan perasaan
sambil angin sepoi-sepoi bahasa menyapu muka
fuuhhhhhh . . ffuuhhhhhhh . . .
berdirinya seorang pakcik tua (tua biasa-biasa sajer la)
mungkin sekali pakcik to pelatih memandu
berdiri lama bagai tiang lampu
dan aku seorang perempuan lemah tak mungkin biasa memberinya duduk
sebab banyak lagi KERUSI kat cituuu (naper nak berdiri jugak pakcik oii)

ok pakcik tu da mula nak buat ragam nya
sambil pegang dan tekan-tekan tet . .tet . .tet . . .
dan letak kan phone kat telinga

pakcik : salam . . selamat pagi . . .amacam dengan umah to dan ciapp . . .
phone : blalalalalalala (tak dapat kenalpasti apa yang dikatakan)
pakcil : oowwhhh . .nak pasang tingkap ngan pintu . .ah simen la cikit . .blablablablablablab . .owh lagi berapa ag nak kena bayar
phone : blablablablaba. . .
pakcik : owh ag RM 30 000 ag . . owwhh ok2. . . baik . . ahh iya .iya. . .ok baik la salam
(tet . . .  letak phone)

ok itu perkara biasa la yang kita dengar orang nak buat rumah kan
pada harga, maybe besar la to nak renovate nyer. . .

pakcik itu pegang lagi phone nyer tekan tet. . tet. . tet. .
dan letak lagi kat telinga

Pakcik : blablablabla. . . . .
phone : blablablab . . .
(maaf yang nie aku x tahu apa yang pakcik to katakan sebab pakcik to berbahasa mandarin)
wahhhhh! ! pakcik seriusss ker nie aper yang aku dengar
ok bagi orang lain "ala bahasa mandarin jer kot, pakcik to maybe sekolah cina la masa kecik dulu)
ok da habis cakap pakcik to pon letak phone dia tet  . .

ehm yang aku masih disito
masih menunggu pakcik T naik haji
sambil merenung jaoh memikirkan aku pass ker atau fail nanti buat latihan JPJ nanti hehehe
dan kalau mak aku ada masa tu maybe pipi aku menjadi hinggapan tangan mak aku yang mulus to
PANG . .PANG . .

ok pakcik to masih dengan phone dia
tekan lagi tet. . tet . . .
dan lagi sekali letak phone dia kat telinga

pakcik : heloo mr david .. how are u today? ? ya i'm fine
phone : blablablablab . . .
pakcik : how about the project? ? how about the price ? ?
phone : blablablabla. . .
pakcik : ya Rm 600,000 for one house, so the company hv 6 houses
phone : blablablabla. .
pakcik : ok deal, see u at company, Jalan Bunga Raya. ok mr david see u soon
tet letak phone

ok OH! ! MY ENGLISH wakakak . . tapi pakcik tu cakap lebih kurang cam to la broken english
ehm projek apa plak la pakcik nie wat
banyak to, besar nyer projek nyer
ehm aku pikir pakcik nie jadi pelatih memandu kereta maybe part tyme job kot
tapi kalo da projek beribu raban wat per nak part tyme ag
atau mungkin pakcik nie nak low profile, agaknya la

aku masih menunggu dan menanti ketibaan penerbangan pakcik T balik dari haji
tapi masih hampa sebab pakcik T to tak habis lagi buat haji hahaha

ok pakcik sebelah aku lagi sekali menekan phone dia tet . .
dan lekap kan phone dia dekat telinga

pakcik : blablablablablablablab . . . .
phone : blablablab . . .
tet . .  letak phone

ok memang best kali ini lagi sekali aku tak dapat nak kenalpasti apa yang pakcik to katakan
ok bahasa melayu memang da biasa aku tak kisah
ok bahasa mandarin maybe pakcik to masa kecil belajar kat sekolah cina
ok bahasa english broken-broken macam aku ok la jugak aku tak kisah cewahhh aku plak ann
ok ini bahasa TAMIL wwooiiiii. . . takan nak cakap pakcik masa dah besar belajar dekat sekolah tamil plak
ehhmmmm . .pakcik nie POWER betul la. . .

setelah puas pakcik tu membulatkan mata ku dengan bahasa-bahasa yang fasih tu
pakcik tu berlalu pergi dengan membiarkan aku masih terpinga-pinga
wahhh 1 MALAYSIA pakcik nie, da tu bila dah habis semua bahasa 1 MAlAYSIA pakcik to blahh
tak nak plak tepon dalam bahasa korea ker, thailand ker, indonesia ker. . . kenapa x cakap pakcik, kenapa?
aku confius la pakcik nie betul ker, ker propa jer atau lebih bahasa lembut nyer TIPU
sebab pakcik tu lebih banyak eerrmmmmm. . . cikit-cikit jer la cakap mandarin dan tamil
hahaha. . .kelakar pon ada jugak
menjadi tanda tanya aku

tetiba dengan mata aku yang bulat sebab tekejut beruks aku disapa oleh pakcik T
hahaha. . . so aku malas nak pikir pasal pakcik tadi so aku pon berlalu pergi
dan pergi . . dan pergiiii~

Conclusion nyer=kalo betul pakcik to fasih la dengan bahasa-bahasa tersebut alangkah beruntung nyer pakcik to hehehe tapi kalo pakcik to nak propa jer. . alahai pakcik tak der saper pon kat sito setakat aku dan 2, 3 orang yang lain yang masih setahun jagung x heran pon la pakcik pasal to suma . .heheh . .

Hanya DIA yang tahu segalanya

chiiilllll~

dan aku masih begini









Monday, July 9, 2012

Selagi Ada Cinta

selagi ada cinta
harap kau mampu untuk segalanya
membahagia, memahami, mengerti dan apa sahaja
mungkin kita sudah terlalu lama
tapi berapa lama lagi? ?
mengharap agar selama-lamanya
mengharap hingga hujung nyawa
mengharap kau yg terakhir dalam hidup ini
untuk menemani aku dalam tawa

selagi ada cinta
terima aku insan kerdil
terima kelemahan, kekurangan aku
aku sedar tidak sehebat mereka yang lain
tidak secantik yang lain
atau mungkin tidak setanding yang lain

selagi ada cinta
mesti ada sengketa
mesti ada duka nestapa
kerana ia mainan cinta
sabar, tabah, itu ubatnya
nasihat, bebelan menjadi lumrah
selagi ada cinta

selagi ada cinta
sampai bila-bila tidak pernah merasa jemu
merasa hambar setiap saat
marasa pahit setiap minit
merasa sakit setiap jam
merasa bosan setiap hari

selagi ada cinta
kuatkan lah cinta pada Nya
kemudian ibubapa
dan mereka-mereka yang tersayang
selagi cinta itu hadir dalam diri
selagi itu cinta sangat diperlukan
dan atas rasa cinta timbullah rasa sayang. . . .