JellyPages.com

Monday, July 9, 2012

Selagi Ada Cinta

selagi ada cinta
harap kau mampu untuk segalanya
membahagia, memahami, mengerti dan apa sahaja
mungkin kita sudah terlalu lama
tapi berapa lama lagi? ?
mengharap agar selama-lamanya
mengharap hingga hujung nyawa
mengharap kau yg terakhir dalam hidup ini
untuk menemani aku dalam tawa

selagi ada cinta
terima aku insan kerdil
terima kelemahan, kekurangan aku
aku sedar tidak sehebat mereka yang lain
tidak secantik yang lain
atau mungkin tidak setanding yang lain

selagi ada cinta
mesti ada sengketa
mesti ada duka nestapa
kerana ia mainan cinta
sabar, tabah, itu ubatnya
nasihat, bebelan menjadi lumrah
selagi ada cinta

selagi ada cinta
sampai bila-bila tidak pernah merasa jemu
merasa hambar setiap saat
marasa pahit setiap minit
merasa sakit setiap jam
merasa bosan setiap hari

selagi ada cinta
kuatkan lah cinta pada Nya
kemudian ibubapa
dan mereka-mereka yang tersayang
selagi cinta itu hadir dalam diri
selagi itu cinta sangat diperlukan
dan atas rasa cinta timbullah rasa sayang. . . .










No comments:

Post a Comment